Dengan sekai lafaz pelakon Dira Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik Izdzywan Sidek di Masjid Al Azim, Melaka selepas empat tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal.
Meskipun jumlah wang hantaran dirahsiakan, Dira menerima mas kahwin bernilai RM1,000 dan menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pihak suami.
Menurut Dira, beliau kini dikhabarkan bersyukur dengan fasa hidup baharu yang sudah bermula selepas kembali menjadi isteri.
Biarpun majlis berlangsung secara ringkas, tertutp dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun ia dianggap amat istimewa buat pasangan itu.
“Anak juga menerima baik kehadiran suami. Keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran tiga anak lelaki daripada perkahwinan suami yang lalu.”
Mengakui telah berkenalan dengan ahli perniagaan itu kira-kira setahun lalu, Dira difahamkan akan tetap berusaha menjadi isteri yang terbaik buat kai ini. Malah menzahirkan rasa syukur apabila diizinkan Tuhan dan dilimpahkan rezeki untuk berpeluang menikah lagi.
Terdahulu, dalam perkahwinan pertama, Dira dikurnaikan cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra dan bertindak mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa ketika berkahwin buat kali kedua.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments