Satu Koleksi Syiling Peringatan Emas Tun Dr Mahathir Mohamad dikeluarkan sempena Kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mac tahun lalu.
Ia diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise.
Syiling tersebut dijual dengan harga RM160 (ketulenan emas 999; seberat 1.0 gram).
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang melancarkan koleksi syiling itu berkata, ia berpotensi untuk menarik minat masyarakat antarabangsa.
“Kejayaan Pakatan Harapan memenangi PRU-14 yang lalu merupakan detik yang cukup istimewa. Majoriti rakyat berkongsi keyakinan politik untuk melakukan perubahan dan membuka lembaran baru dalam senario politik Malaysia”.
“Hari ini, YAB Tun Dr Mahathir merupakan tokoh yang sedang menikmati pengiktirafan dan penghormatan tinggi masyarakat antarabangsa.
“Kejayaan menerajui semula kerajaan buat kali kedua adalah sejarah politik yang luar biasa dan diakui masyarakat dunia,” katanya.
Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd Rodhi Abd Hamid berkata, pelancaran syiling peringatan ini mampu menggalakkan semangat patriotik di kalangan warga Malaysia.
KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare
KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman
KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Syiling emas Dr Mahathir boleh dibeli pada harga RM160 appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments