Beberapa hari lalu, nama pelakon Atikah Suhaimie kembali hangat diperkatakan selepas beliau memuat naik foto agak seksi ketika berenang di pantai.
Foto itu mengundang kecaman daripada netizen sehingga ada yang mengatakan Atikah tidak mungkin berubah dan sudah mula ingin mencari pengganti walaupun baru sahaja putus tunang dan tidak jadi berkahwin dengan Awi Rafael.
Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, Awi nampaknya seakan masih ada lagi sifat penyayang terhadap bekas tunangnya itu. Menerusi ruangan komen, Awi meminta netizen positif dan berhenti mengecam Atikah.
Membalas komen Awi, Atikah mengucapkan terima kasih dan pada masa yang sama memuji sikap penyanyi itu begitu manis sekali.
Tiada jodoh bersama, tidak bermakna mereka berdua harus bermusuhan bukan? Bagus betul Awi dan Atikah yang masih berkawan baik, semoga terus damai seperti ini selamanya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments