Bakal meraikan hari bahagia pada hujung minggu ini, pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya untuk menerima cinta semula dan menyakinkannya untuk kembali menjadi isteri.
Kata, Fasha, kini barulah beluau merasai erti perkahwinan sebenar dan berharap rumah tangga yang bakal dibina kali ini bersama Aidil Aziz akan berkekalan sehingga akhir hayat.
Ini kali pertama saya merasai kemeriahan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Saya sangat gembira, malah terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan kata sokongan untuk kembali melalui alam bermakna ini.
Baru kini saya merasai erti perkahwinan sebenar. Saya terharu apabila ibu dan keluarga kedua-dua belah pihak memberikan restu. Dapat saya rasakan betapa diri ini disayangi. Saya sangat berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan memohon semua mendoakan segala perancangan kami dipermudahkan.
Majlis pernikahan bakal berlangsung di kampung halaman Fasha di Perlis. Bagaimanapun, beliau hanya akan mendedahkan tarikh pernikahan itu selepas selamat diijabkabulkan nanti.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments