Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ‘bekas diktator’, seperti yang diungkapnya dalam satu temubual bersama media Singapura baru-baru ini.
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Nurul Izzah menjelaskan beliau pernah beberapa kali menggunakan ungkapan Dr Mahathir adalah ‘diktator’ sebelum ini tanpa sebarang masalah kritikan balas sesiapa.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ketika ditanya pemberita berkenaan isu kenyataan Nurul Izzah menegaskan Tun Dr Mahathir bukan seorang diktator.
“Bagi kita tidak (bukan diktator). Secara konsisten, kita pilih Dr Mahathir dan kita sokong beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Anwar turut membidas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwanya cuba ‘membodek’ Perdana Menteri.
“Hadi ini memang ikut rentak dan gendang, bukan ikut pandangan beliau sendiri. Pas nak kipas? Tak payahlah,” sindir Anwar.
Hadi Awang hari ini cuba memperbetulkan dakwaan Nurul Izzah bahawa Dr Mahathir seorang diktator.
Ketika ditanya berkenaan laporan akhbar Straits Times, Singapura yang menemu bual anak sulungnya, Nurul Izzah.
“Temu bual itu sudah lama, namun, baru disiarkan. Saya tentu faham dan prihatin tentang pandangannya. Bukan sangat merujuk kepada Dr Mahathir tetapi kerana ada suara-suara sumbang yang tidak tahu perincian terus membuat serangan-serangan kepada kelompok lain.
“Tapi saya fikir, tumpuan kita adalah ekonomi. Itu pertama. Keduanya kita dalam PH sudah jelaskan muafakat kita untuk memberi ruang menyokong usaha Dr Mahathir,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu.
Anwar yang juga Ketua Umum PH menjelaskan, beliau dan keluarganya memberikan sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Tak bermakna kita tak boleh berbeza pendapat, atau beri teguran. Ada setengah orang fikir ini macam kerajaan UMNO dulu, tidak. Jadi kita beri ruang, tapi pendirian kita termasuk saya dan keluarga untuk beri sokongan dan ruang kepada Dr Mahathir sebagai pemimpin dan Perdana Menteri,” katanya.
“Temu bual itu sudah lama, tapi diperbesar oleh akhbar Singapura. Kita nak bergaduh, untuk apa,” soal Anwar.
KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis
KLIK BACA: Azmin sindir Izzah budak kecil menangis kerana kritik Tun Mahathir
KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare
KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman
KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Tun Mahathir bukan diktator, PAS tak payah bodek, kata Anwar appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments