Malaysia: Khairy mengaku jumpa Taliban, Umno-PAS takkan jadikan Malaysia Taliban

Bekas ketua pemuda Umno malam tadi mempertahankan kerjasama Umno dengan PAS dari dikaitkan dengan Taliban.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar beliau kenal kumpulan yang pernah mentadbir Afghanistan itu dan kerjasama Umno dengan PAS tidak akan menjadikan Malaysia seperti dibawah kuasa Taliban.

Khairy mendakwa pernah menemui Taliban semasa bertugas sebagai wartawan sebuah majalah di London pada 1999.

“Saya tahu tentang Taliban. Ini bukan kerana saya Taliban. Saya pernah jumpa Taliban dulu.

“Cara pemerintahan Taliban memang ekstrem bukan macam di sini, jauh beza nak bandingkan dengan kami,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama PAS dan Umno yang sedang berlangsung kini akan membawa negara ke arah pemerintahan ala Taliban.

Nga yang juga anggota parlimen Teluk Intan dan timbalan speaker Dewan Rakyat mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf.

Pada 28 Mac lalu, semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Khairy menggunakan istilah Taliban merujuk Nga Kor Ming.

Nga kemudiannya membalas mengatakan Khairy sebagai biadap.

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Khairy mengaku jumpa Taliban, Umno-PAS takkan jadikan Malaysia Taliban appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments