Ramai selebriti tempatan terlibat dalam misi keamanan dan kemanusian di luar negara untuk membantu saudara segama Islam di Palestin dan Syria, salah seroang yang paling aktif adalah Heliza Helmi.
Setiap langkah beliau diakui penuh dengan cabaran. Apa sahaja boleh berlaku sehingga Heliza sentiasa mengingatkan dirinya bahawa kemungkinan untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.
Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk. Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar. Selepas beberapa minit, tempat yang kami lalui itu meletup (akibat dibom).
Heliza turut berkongsi pengalaman getir berhadapan dengan situasi dimana selaras senapang berada di bawah dagunya. Ketika itu, Heliza hanya mampu berdoa dan mengakui beliau mengimpikan untuk mati syahid.
Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu. Saya berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai.
Bukan semua orang mempunyai keberanian untuk menjejakkan kaki ke Syria dan Palestin untuk menghulurkan bantuan kepada saudara Islam kita yang memerlukan. Kami respek dengan Heliza yang tidak henti menyertai misi keamanan dan kemanusian tersebut, semoga beliau dilimpahi dengan keberkatan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments