Malaysia: Fasha Sandha sah isteri Aidil Aziz

Pelakon Fasha Sandha sah menjadi isteri kepada aktor Aidil Aziz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis sekitar pukul 8.45 pagi.

Pada majlis itu, Aidil, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan Fasha dan Aidil turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook TV3.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Fasha dan Aidil terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu di Ampang, Selangor.

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Fasha Sandha sah isteri Aidil Aziz appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments