Malaysia: Lokman Adam mengaku tidak bersalah cederakan pelajar UM

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam didakwa bersama 3 individu lain di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencederakan pelajar Universiti Malaya dan wartawan dalam satu perhimpunan aman di ibu negara, Jumaat lalu.

Lokman, 46, bersama Mutalif Abdul Rahim, 47, Salmon Arif Budiman Muchlis, 47, dan Mohd Norzafikah Mohamed Nawi, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik saja pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret, Umzarul An Nur Umat.

Menurut kertas pertuduhan, Lokman didakwa dengan niat menyebabkan kerugian kepada pelajar UM, Wong Yan Ke, 23, dengan mengoyak plakadnya di perhentian bas, di depan Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu, pada 3.30 petang 22 Mac lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mutalif pula didakwa atas 2 pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pelatih portal berita Malaysiakini, Siti Mariam Mohamad Nizar, 25, pada ibu jari kanan mangsa dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa di tempat sama, pada 3.45 petang 22 Mac lalu.

Mutalif yang merupakan adik Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara maksimum 3 bulan atau denda atau kedua-keduanya.

Lokman, Mutalif, Salmon Arif dan Norzakifah turut didakwa bersama seorang lagi individu yang masih bebas, menyebabkan kecederaan kepada Wong dengan memegang rahang, menarik leher dan rambut mangsa dari belakang di lokasi dan masa sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan Lokman diikat jamin RM9,000, Mutalif RM6,000, manakala Salmon Arif dan Norzakifah RM4,000 bersama seorang penjamin serta dilarang mengganggu mangsa.

Semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan kepada 4 tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes.

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Lokman Adam mengaku tidak bersalah cederakan pelajar UM appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments