Malaysia: Karpal Singh bebas dari tuduhan hasutan krisis perlembagaan Perak

Mendiang Karpal Singh dibebaskan Mahkamah Persekutuan hari ini daripada pertuduhan kes hasutan lama mengenai kenyataan yang dibuat bekas penyandang anggota parlimen Gelugor itu mengenai krisis perlembagaan Perak tahun 2009.

The Malay Mail melaporkan dalam keputusan sebulat suara, mahkamah tertinggi negara hari ini membatalkan keputusan bersalah awal yang dibuat Mahkamah Tinggi dan kemudiannya Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan kesalahan hasutan itu.

Hakim Besar Malaya Zaharah Ibrahim berkata terdapat “salah laksana keadilan yang besar” dalam keputusan mahkamah lebih rendah sebelum ini.

“Meneliti fakta kes ini, kami berpendapat kegagalan itu merupakan suaru kesalahan nyata yang serius dan telah menyebabkan salah laksana keadilan yang besar serta tidak dapat disembuhkan di bawah peruntukan Seksyen 92 (1) Akta Mahkamah Kehakiman.

“Oleh itu, kami membenarkan kedua-dua rayuan terhadap sabitan dan hukuman serta mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap perayu,” kata Zaharah.

Karpal didakwa atas kenyataannya yang dibuat pada sidang akhbar di mana beliau berkata keputusan Sultan Perak untuk memecat menteri besar Pakatan Rakyat, Mohd Nizar Jamaluddin boleh dicabar di mahkamah undang-undang.

Bekas pengerusi DAP itu meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 2014, lebih kurang sebulan selepas sabitan awal yang mendendanya RM4,000 diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Walaupun Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 2016, ia mengurangkan denda kepada RM1,800 yang membatalkan kehilangan kelayakannya sebagai MP.

Ahli keluarga Karpan, termasuklah balu beliau, Gurmit kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Karpal Singh bebas dari tuduhan hasutan krisis perlembagaan Perak appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments