Malaysia: LHDN nafi SPRM serbu pejabatnya di Jalan Raja Chulan, KL

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menegaskan tiada serbuan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat lembaga itu di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan,

Sebaliknya, katanya, kehadiran pihak SPRM hanyalah untuk mendapatkan bantuan LHDN dalam proses melengkapkan kertas siasatan mereka.

“LHDN amat kesal dengan kandungan artikel yang diterbitkan kerana ia dilaporkan secara tidak tepat seolah-olah menggambarkan LHDN terlibat sama dalam kes yang sedang disiasat SPRM sehingga ia menjejaskan reputasi LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

LHDN berkata ia adalah sebuah organisasi yang sentiasa menitikberatkan profesionalisme dan integriti yang tinggi dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai agensi pemungut hasil negara.

Semalam, portal The Malaysian Insight melaporkan menurut sumber SPRM menyerbu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur dalam siri serbuannya menyiasat skandal projek Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Sumber TMI juga memberitahu, selain LHDN, agensi anti rasuah itu turut menyerbu sebuah lagi syarikat teknologi maklumat yang ada kaitan dan dipercayai terlibat dalam penyelewengan projek perkhidmatan perisian teknologi maklumat SSM bernilai lebih RM33 juta.

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post LHDN nafi SPRM serbu pejabatnya di Jalan Raja Chulan, KL appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments