Malaysia: Pengerusi SPR hina rakyat Kelantan ‘kaki kelab malam’ – MB Ahmad Yakob

Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa rakyat Kelantan di luar negeri itu sebagai ‘kaki kelab malam’ dianggap satu penghinaan, kata Datuk Ahmad Yakob.

Menteri besar menyifatkan kenyataan Azhar Harun yang dilapor itu, “keterlaluan, boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka negatif rakyat negeri lain terhadap rakyat Kelantan”.

“ […] beliau jelas menggolongkan seolah-olah majoriti rakyat Kelantan yang berada di luar tidak tahu tentang dosa dan pahala,” kata Ahmad dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad berkata Azhar sewajarnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan perlu mengetahui sejarah negeri itu yang dikenali ‘Serambi Mekah’ dan kehidupan beragama rakyatnya.

“Rakyat Kelantan di luar sana ada di kalangan penjawat awam, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan tokoh-tokoh korporat yang banyak menyumbang untuk masyarakat dan negara.

“Sekiranya ada beberapa orang yang berbuat maksiat, adalah salah mengaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan,” kata Ahmad, yang juga ketua Dewan Ulama PAS.

Azhar dilapor berkata cadangan pendaftaran pengundi secara automatik sukar dibuat pada pilihan raya akan datang kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana perlembagaan membenarkan seseorang mengundi di tempat mula-mula dia mendaftar sebagai pengundi walaupun mungkin tinggal di tempat lain.

Katanya seramai 60,000 rakyat Kelantan balik kampung untuk mengundi menyokong hudud tetapi pada masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.- Malay Mail

KLIK BACA: Azmin sindir Izzah budak kecil menangis kerana kritik Tun Mahathir

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Pengerusi SPR hina rakyat Kelantan ‘kaki kelab malam’ – MB Ahmad Yakob appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments