Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata beliau menunggu “Warkah Cordova” untuk memujuk Nurul Izzah Anwar yang mengumumkan beliau tidak mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang berikutan kecewa dengan pentadbiran PH.
“Sementara waktu, kita tunggu ‘Warkah Cordoba baru dari kekanda untuk pujuk memujuk,” kata bekas perdana menteri merujuk kenyataan Nurul Izzah “ini penggal terakhir buat saya”.
Memetik kembali kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh dari sebuah portal berita, Najib juga bertanya “benar ke” pentadbiran kerajan Pakatan Harapan (PH) bergelora dan huru-hara.
Sebelum ini, Datuk Seri Muhajid Yusof menulis “Warkah Cordova” berikutan keputusan Nurul Izzah melepaskan jawatan naib presiden dan ketua PKR Pulau Pinang secara mengejut.
Naib presiden Parti Amanah Negara membahasakan dirinya sebagai “kakanda” dan memanggil Nurul Izzah sebagai “adinda” dalam tulisan tersebut hingga dipersendakan banyak pihak.
KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare
KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman
KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Najib sindir Nurul Izzah merajuk dengan PH appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments