‘Boyband’ kegilaan zaman remaja kita iaitu Backstreet Boys yang dianggotai AJ McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson, dan Brian Littrell bakal membuat kemunculan semula yang lebih gempak dengan mengadakan jelajah dunia Backstreet Boys DNA World Tour.
Mereka akan beraksi di beberapa buah negara di Asia seperti Jepun, China, Taiwan, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia tetapi memang kecewa sungguh hati ini bila Malaysia nampaknya tiada dalam senarai persembahan mereka. Kali terakhir BSB mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2015.
Memang situasi yang biasa kita hadapi kan? Entah kenapa, nama Malaysia sering tercicir dalam mana-mana konsert dan persembahan antarabangsa.
Sedih, tapi hendak buat macam mana kan? Harap satu hari nanti isu ini dapat diselesaikan, tiada sekatan tertentu untuk artis antarabangsa membuat persembahan di negara kita.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments