Malaysia: Jack Ma ancam saman fitnah Raja Petra

KUALA LUMPUR: Penulis blog Raja Petra Kamaruddin telah menarik keluar artikel berjudul “Jack Ma slash Pakatan Harapan” yang disiarkan pada Selasa selepas menerima notis rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd semalam.

Syarikat yang berpengkalan di China itu menerusi surat yang ditandatangani Timbalan Presidennya Albert Liu berkata,, Raja Petra berbohong dan merosakkan reputasi Pengerusi syarikat itu Jack Ma berhubung pertemuannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pegawai Khasnya Tony Pua di Hong Kong baru-baru ini.

Beliau memberi tempoh sehingga 1 April untuk Raja Petra memberikan jawaban atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Saya telah menarik keluar tulisan itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu,” juar Raja Petra penulis blog kontroversi ini seperti dipetik Malaymail hari ini.

Dalam artikel tersebut Raja Petra mendakwa, jutawan China itu memberitahu Lim dan Pua bahawa China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian.

Raja Petra juga mempertahankan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa menjadi mangsa ketidakadilan sistem perundangan negara.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil Raja Petra sebagai “pendusta” atas dakwaan rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang dikaitkan dengan Guan Eng ketika menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang.

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Jack Ma ancam saman fitnah Raja Petra appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments