Malaysia: Bagindalah yang ampunkan suami saya Anwar – TPM Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau sendiri agak sedih dengan keputusan Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

“Ke Bawah Duli meletakkan jawatan dan kita menghormati keputusan Ke Bawah Duli Tuanku. Namun saya rasa sedih kerana Ke Bawah Duli menjadi Yang Di-Pertuan Agong apabila kita menukar kerajaan dan Majlis angkat sumpah Perdana Menteri.

Malah jelas Wan Azizah, bagindalah yang telah memberi pengampunan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik kerajaan Pakatan harapan mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Ia merupakan sejarah,” katanya ketika ditemui media selepas hadir pada Majlis Penutup Persidangan Makmal Kemanusiaan 2.0 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa beliau ditawarkan jawatan Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya ke-14 pada malam 9 Mei.

Bercakap kepada kira-kira 200 rakyat Malaysia di Indonesia sempena lawatan kerja pertama beliau ke republik itu, timbalan perdana menteri berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membuat tawaran itu kerana beliau adalah presiden PKR, dan simbol parti itu digunakan oleh semua parti gabungan semasa pilihan raya.

“Bagaimanapun, saya menolak tawaran itu kerana kami berjanji bahawa Tun Dr Mahathir (Mohamad) akan menjadi perdana menteri dan saya akan menjadi timbalannya,” katanya semasa majlis tersebut di Kedutaan Malaysia di sini.

Beliau berkata pemimpin PH pada mulanya terkejut apabila memenangi pilihan raya, dan berjaya menjatuhkan pentadbiran yang berkuasa sejak kemerdekaan negara.

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Bagindalah yang ampunkan suami saya Anwar – TPM Wan Azizah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments