#Hiburan: Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Dapat Sambutan, Dipuji Netizen

Kembar animasi popular Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak dengan filem terbaru berjudul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang sudah pun ditayangkan sejak 21 Mac lalu.

Kali ini mereka kembali dengan jalan cerita yang lebih gempak dan animasi yang sudah setaraf dengan Disney dan Pixar. Bukan itu sahaja, ia turut menerapkan banyak elemen dan budaya Melayu di dalam filem tersebut.

Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, tetapi ia turut mendapat sambutan daripada orang dewasa juga. Rata-rata penonton mengakui Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal diluar jangkaan mereka dan memberikan rating yang tinggi.

Filem ini menelan belanja hampir RM 20 juta dan telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan menggunakan kepakaran anak-anak tempatan.


Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang. Mereka dengan watak-watak cerita dongeng kini perlu pertahankan kerajaan Inderaloka dari raja jahat yang ingin memusnahkannya.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Video :  Les’ Copaque Production


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments