Malaysia: Jet pejuang Malaysia masih berfungsi baik, kata PM Dr Mahathir

Dr Mahathir menaiki Jet Embraer’s E190-E2 ketika lawatan di Tarmec sempena LIMA’19 edisi ke-15. – Foto NSTP / Eizairi Shamsudin

LIMA LANGKAWI – Pesawat tempur milik negara masih lagi berfungsi dengan baik dan mampu digunakan untuk beberapa tahun lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya walaupun pesawat-pesawat tersebut telah lama dibeli oleh kerajaan namun prestasinya masih di tahap baik kerana ia telah dijaga dan diselenggara dengan rapi.

Menurutnya, prestasi pesawat yang baik itu jelas boleh dilihat semasa pertunjukan udara pada majlis pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) pagi tadi.

“Ya, kita memang berminat (untuk beli pesawat baru) tapi pada waktu ini belum sampai waktunya, kita dapati pesawat yang kita beli lama (dahulu) masih boleh perform dengan baik.

“Kita boleh lihat pagi tadi, demonstrasi yang melibatkan semua pesawat lama ini, ia telah dijaga dan di selenggara dengan baik dan kita dapati keupayaan mereka menunjukkan mereka boleh tahan lama lagi,” katanya dalam satu sidang media sempena LIMA’19 di Langkawi hari ini.

LIMA’19 berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL) mulai 26 hingga 30 Mac.

Sebanyak 406 syarikat pertahanan, komersial dari 32 buah negara mengesahkan penyertaan dalam LIMA’19 yang melibatkan sebanyak 206 syarikat tempatan serta 200 syarikat antarabangsa. – Bernama

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Jet pejuang Malaysia masih berfungsi baik, kata PM Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments