#Hiburan: Berkali-Kali Dedah Suami Curang, Netizen Sudah Bosan Dengan Tindakan Bella Astillah?

Kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz masih belum ada penghujungnya, baru hendak reda sebentar, situasi kembali hangat apabila satu demi satu kecurangan Aliff dibongkarkan oleh isterinya itu.

Menjadikan medium media sosial sebagai tempat luahan hati dan mendedahkan setiap kali suaminya ‘kantoi’ curang, ada sesetengah netizen sudah mula bosan dengan tindakan Bella itu.

Netizen sebenarnya geram mengapa Bella tidak melakukan apa-apa berkaitan masalah rumah tangganya dan hanya mengadu di media sosial? Untuk apa terus membiarkan hatinya menanggung derita?

Bukan tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa Bella, tetapi mereka mahu beliau bangkit dan ‘move on’.

Susah untuk komen isu ini kerana ia melibatkan kesetiaan seorang isteri dan kasih sayangnya kepada suami. Bukan mudah juga untuk membuat keputusan drastik melibatkan masa depan kan? Mungkin juga Bella ada ambil tindakan susulan berkaitan masalah rumah tangganya, tapi tidak perlu beliau umumkan. Doakan yang baik-baik sahaja.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments