Malaysia: Tak ada duit jual aset negara sampai ke seluar dalam, sindir Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh Hamzah menyindir rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjual bangunan konsulat di Hong Kong. – Foto Utusan

“Tak akan nak jual sampai ke seluar dalam kalau pun tiada duit,” demikian tempelak veteran politik, Tengku Razaleigh Hamzah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilaporkan media antarabangsa akan menjual bangunan konsulat di Hong Kong.

Tegas bekas Menteri Kewangan itu, terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh diikhtiar oleh kerajaan untuk memperoleh wang untuk negara.

“Tak akan nak jual segalanya? Bagi saya elok simpan kerana kalau nak beli pula harganya sudah melambung naik.

“Dahulu kita beli HK$200 juta (RM103.8 juta), kalau tak silap. Tapi sekarang sudah bilion nilai beli tanah. Ada duit nak beli bilion ringgit?” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu kepada pemberita di lobi Parlimen.

Februari lalu, akhbar The Star yang memetik laporan Ming Pao mendedahkan Kumpulan Evergrande China dalam perbincangan untuk membeli bangunan milik kerajaan Malaysia di Hong Kong iaitu Malaysian Building.

Selasa lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu, keputusan Malaysian Building dibuat sejak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak mampu menanggung kos baik pulih berjumlah RM300 juta.

Lim turut mendedahkan kerajaan BN yang diterajui Najib Razak sebelum ini merancang menjual bangunan pada harga terlalu murah.

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Tak ada duit jual aset negara sampai ke seluar dalam, sindir Tengku Razaleigh appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments