Malaysia: Najib mahu semua ustaz fitnah dirinya datang minta maaf

Menurut Datuk Seri Najib Razak selepas pendakwah terkenal, Ahmad Husam Baderudin memohon maaf kepada beliau, ramai lagi ustaz lain akan melakukan perkara yang sama.

Najib berkata, Ahmad Husam akan menganjurkan satu program khas di tahfiz miliknya di Kedah pada April ini.

“Dia (Ahmad Husam) kini jadi penyokong kuat saya dan akan buat program di tahfiz dia, nak panggil semua ustaz yang (pernah) fitnah saya.

“Saya cakap boleh..cari satu bilik minta maaf seorang-seorang dengan saya,” ujarnya dipetik MalaysiaGazette semasa berceramah dalam Majlis Sembang Santai Datuk Najib Bersama Warga Bachok semalam..

Ahmad Husam yang merupakan anak kepada bekas Mufti Kedah, Datuk Baderudin Ahmad itu telah meminta maaf kepada Najib di Langkawi baru-baru ini.

Dalam pada itu, seperti biasa, Najib mendakwa rakyat sekarang telah sedar mengenai keburukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mereka gagal mentadbir negara.

“Mereka sedar sekarang, kerajaan BN (Barisan Nasional) jauh lebih baik daripada kerajaan PH hari ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kekalahan BN pada PRU-14 lalu ada hikmahnya dan salah satunya ialah bermulanya kerjasama antara UMNO dan Pas sekarang yang kini ditakuti DAP. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Najib mahu semua ustaz fitnah dirinya datang minta maaf appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments