Malaysia: Jual bangunan di Hong Kong, Najib lupa atau sengaja, kata Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan rancangan menjual sebuah menara milik kerajaan di Hong Kong, menjawab kenyataan Najib Razak semalam terhadap laporan media mengenai rancangan itu.

Ditemui pemberita di Parlimen hari ini, Lim berkata rancangan menjual menara 28 tingkat di Jalan Gloucester, Wanchai yang menempatkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia itu diputuskan oleh pentadbiran dulu.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan merancang untuk menjual bangunan itu pada harga HK$3.1 bilion (hampir RM1.6 bilion). Syarikat China Evergrande Group dilaporkan dalam rundingan untuk membeli bangunan itu.

“Sama ada dia lupa atau sengaja lupa keputusan menjual bangunan ini dibuat oleh kerajaan BN,” kata Lim kepada pemberita.

Lim menjelaskan kerajaan ketika itu membuat keputusan untuk menjual menara itu kerana tidak dapat menanggung kos pembaikan sebanyak RM300 juta.

Beliau menambah kerajaan terdahulu membuat rundingan terus dengan sebuah syarikat Malaysia yang mahu membelinya pada harga RM1.1 bilion.

Lim bagaimanapun menjelaskan pentadbiran sekarang merasakan ia boleh mendapat tawaran lebih menerusi tender terbuka.

“Kita terima tawaran daripada pelbagai pihak sehingga RM1.6 bilion atau RM500 juta lebih tinggi daripada harga rundingan terus,” katanya.

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Jual bangunan di Hong Kong, Najib lupa atau sengaja, kata Guan Eng appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments