#Informasi: Didakwa Beri Rasuah Rumah Urut. Al-hamdulillah!.

KUALA LUMPUR-25-MAC-2019-Tertuduh.. Dua dari mpat tertuduh Tan
KUALA LUMPUR-25-MAC-2019-Tertuduh.. Dua dari mpat tertuduh Tan Siant Yiang (kiri) dan Kam Wan Hung megaku tidak bersalah atas tiga tuduhan memberi suapan wang kepada Penjawat Awam,oktober lalu di Mahkamah Sesyen kuala lumpur di sini hari ini.GAMBAR ZAINI HUSIN.BERITA HAINIZA-NUZUL


KUALA LUMPUR 25 Mac - Empat individu masing-masing dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan kepada pegawai imigresen supaya tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing di premis rumah urut, tahun lalu.
Kam Wan Hung, 54, Tan Siant Yiang, 34, Pang Bak Long, 47, dan Wong Kok Chong, 42, yang merupakan ahli perniagaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim-hakim Rozina Ayub, Azman Ahmad dan Azura Alwi.
Siant Yiang didakwa atas dua pertuduhan manakala Bak Long pula berhadapan dengan tiga pertuduhan, Wan Hung dan Kok Chong pula masing-masing didakwa atas satu pertuduhan.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amira Sariaty Zainal, Nor Diana Najwa Nor Azwa dan Ashraf Tahir manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam-peguam Edwin Johnson Navis, Tan Cheng Yee dan Mohd. Faizi Che Abu.
Semua tertuduh adalah antara belasan individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota. - UTUSAN ONLINE.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah!

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments