#Hiburan: (VIDEO) Peminat Malaysia Terpukau Park Bo Gum Menyanyi Lagu Belaian Jiwa

Peminat tegar drama Korea pasti mengenali Park Bo Gum. Hujung minggu lalu beliau datang ke Malaysia bersempena dengan Park Bo Gum Asia Tour dan telah memukau peminatnya dengan persembahan yang cukup istimewa.

Park Bo Gum telah menyanyikan lagu Belaian Jiwa nyanyian asal kumpulan Innuendo dengan cukup merdu sekali dengan iringan piano yang dimainkannya sendiri.

Namun, apa yang membuatkan peminat lebih terpukau dan ‘cair’ apabila beliau menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia dengan lancar dan sebutan lirik juga cukup jelas. Tiada pelat langsung.

Kini nama beliau trending di Twitter dan menerima pelbagai komen positif daripada netizen. Kata orang, memang Park Bo Gum mempunyai pakej yang lengkap, bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak tetapi beliau juga sangat berbakat.

Kredit Video : YouTube EH Malaysia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments