Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob tampil mempertahankan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan seorang ‘bekas diktator’ tetapi hanya seorang yang tegas.
Ahmad berkata Abdul Hadi hanya menyatakan kebenaran berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh beliau dengan Dr Mahathir sebelum ini.
“Bodek-membodek ni rasa tak berbangkit. Apa yang dibangkitkan Tok Guru (Abdul Hadi) itu satu kebenaran, itu sahaja.
“Saya rasa tak bodek pun. Kalau bodek pun nak ke mana juga. Kalau yang benar tu, benarlah,” katanya.
Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
Kelmarin, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata tindakan Abdul Hadi membuat kenyataan menyebut Dr Mahathir seorang pemimpin yang tegas dan bukannya seorang diktator, dilihat sebagai cubaan ‘membodek’ perdana menteri. – Bernama
KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Hadi tak bodek Mahathir, kata PAS appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments