Pelbagai spekulasi mula tercetus, siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah? Hari ini, Fattah menerusi satu sidang media khas menjelaskan beliau sama sekali tidak terlibat berhubung kes penipuan tentang produk tersebut.
Kata Fattah, kira-kira 80 stokis yang menjual produk kesihatan itu sebenarnya ditipu oleh rakan kongsinya yang kini sudah melarikan diri. Fattah dihimpit dengan rasa bersalah teramat sangat namun beliau gagal untuk menghubungi rakannya itu yang bertanggungjawab terhadap operasi MPR International Sdn Bhd.
Saya rasa bersalah, ralat dan tidak dapat tidur selaga isu ini tidak dapat diselesaikan. Apabila saya mendapat tahu perkara ini hujung tahun lepas, saya cuba hubungi rakan kongsi saya bagi mendapatkan penjelasan, tapi usaha itu gagal. Jadi dalam isu ini, saya seorang selebriti saya yang terkena tempias dan semua orang akan cari saya.
Difahamkan, Fattah sudah membuat laporan polis pada 8 Mac lalu di Balai Polis Dang Wangi. Tindakan itu adalah bertujuan untuk membersihkan nama dan imej beliau sebagai seorang selebriti. Fattah sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah bersekongkol dengan rakan kongsinya itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments