Malaysia: Istana Negara umum nama rasmi Agong dan Permaisuri

KUALA LUMPUR 29 Mac – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Manakala, nama rasmi Raja Permaisuri Agong adalah Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini.

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Istana Negara umum nama rasmi Agong dan Permaisuri appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments