Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyempurnakan majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah pada 6 April ini di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa di Penampang.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Bersatu Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor berkata selain beberapa acara seperti penyerahan rasmi borang permohonan keahlian tambahan penyokong dan pendukung Bersatu di Sabah, pengisian utama majlis adalah amanat yang akan disampaikan oleh Dr Mahathir, selaku Pengerusi Bersatu.
Amanat itu kelak menjadi platform langsung kepada masyarakat di Sabah untuk mendengar aspirasi dan hala tuju perjuangan Bersatu khususnya dalam konteks kerangka perjuangan masyarakat pribumi dan seluruh rakyat di negeri ini, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Hajiji berkata jawatankuasa induk majlis pelancaran mempelawa penyokong dan pendukung Bersatu di seluruh Sabah untuk bersama-sama menghadiri majlis bersejarah itu yang bermula pada jam 12.30 tengah hari.- BERNAMA
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Mahathir lancar Bersatu Sabah 6 April appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments