Malaysia: Nga Kor Ming mulakan Taliban – Khairy

MP Rembau dan Timbalan Speaker Nga Kor Ming berbalah isu Taliban. – Foto New Straits Times

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata istilah ‘Taliban’ menjadi hangat kerana kenyataan Timbalan Speaker Nga Kor Ming sendiri.

Khairy berkata demikian selepas Nga menggesa bekas ketua Pemuda Umno itu memohon maaf kerana menggunakan istilah itu untuk merujuknya dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Nga harus sedar, perkataan ‘Taliban’ menjadi hangat kerana ianya dimulakan oleh beliau sendiri.

“[Walaupun kenyataan Nga dibuat di luar Dewan Rakyat, namun jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah jawatan rasmi beliau bagi setiap masa selagi mana beliau memegang portfolio tersebut.

“Apa-apa kenyataan yang dibuat beliau merupakan refleksi jawatan yang disandangnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Khairy menggunakan istilah Taliban merujuk Nga selepas diminta menjelaskan soalan yang ditujukannya buat Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketik menyentuh soal Bantuan Sara Hidup (BSH).

Khairy membalas Nga dengan berkata: “Adakah sempena dengan PRK Rantau, ada masalah komprehensi, Taliban?”

Khairy setelah itu menarik semula perkataan berkenaan setelah diminta berbuat demikian.

Susulan itu, Nga melalui kenyataan media menyifatkan Khairy sebagai biadab dan menggesa beliau memohon maaf kepada parlimen.

“Malah lebih teruk boleh mengganggu-gugat keharmonian rakyat di negara ini kerana cuba menyemai rasa sangsi serta membangkitkan rasa marah sebilangan rakyat di negara ini,” kata Khairy.

Istilah ‘Taliban’ mengundang kontroversi selepas ia digunakan oleh Nga apabila berkata bahawa negara ini akan menjadi “negara Taliban” sekiranya pakatan Umno-PAS berkuasa.

Nga mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf.

Susulan itu, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata beliau telah mengarahkan sebuah firma guaman untuk mengambil langkah berhubung kenyataan ahli parlimen Teluk Intan itu.

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Nga Kor Ming mulakan Taliban – Khairy appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments