Semua sedia maklum, pelakon Remy Ishak sudah kembali solo. Berita beliau putus tunang dengan Ezza Yusof mengejutkan ramai pihak kerana mereka sudah dua tahun bertunang.
Remy aku beliau ada cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dan melakukan solat istikarah tetapi tidak nampak ke arah perkahwinan. Jalan berpisah adalah yang terbaik buat mereka berdua.
Namun, baru-baru ini Remy dilihat memuat naik beberapa keping foto bekas tunangnya dengan kapsyen berharap agar Ezza kekal tabah.
Bagaimanapun, tindakan Remy berkongsi foto bekas tunangnya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Kata mereka, kenapa selepas putus tunang baru hendak memuat naik foto Ezza?
Terdahulu, Remy mengesahkan pertunangannya dengan Ezza sudah pun berakhir sejak sebulan lalu dan ia bukanlah berpunca daripada orang ketiga. Remy tidak meletakkan kesalahan kepada Ezza dan menerima keputusan ini sebagai ketentuan takdir. Mereka masih kekal berkawan baik sehingga hari ini dan mempunyai perniagaan bersama.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments