Malaysia: Pengguna mampu bayar tarif air naik – Dr Xavier

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata cadangan kadar kenaikan tarif air di seluruh negara secara berperingkat tahun ini masih berada pada paras rendah dan mampu ditanggung pengguna.

Menurutnya, kenaikan itu susulan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara pada kadar yang tidak membebankan pengguna.

Jelasnya, kadar tarif baharu yang akan dibayar pengguna itu akan dapat membantu syarikat bekalan air menanggung sebahagian daripada kos operasi dan perbelanjaan modal (capex), sekali gus membolehkan perkhidmatan bekalan air terawat terjamin.

“Kita akan menaikkan tarif dalam berapa sen saja untuk rakyat. Kalau kita bandingkan kadar yang dibayar penduduk negara jiran, sudah 20 tahun tarif tidak dinaikkan.

“Kita perlu bayar untuk utiliti. Ini tanggungjawab rakyat memastikan ia (perkhidmatan bekalan air) sempurna,” katanya dipetik MalaysiaDateline pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4 di Rantau.

Sehubungan itu, beliau berharap perbincangan mengenai tarif air bersama kerajaan negeri akan menemui kata putus menjelang akhir tahun ini.

Isu kenaikan tarif air ini, tambahnya, memerlukan persetujuan bersama di antara Pusat dan kerajaan negeri kerana ia bukan saja menyentuh aspek pengguna, malah kemampuan syarikat air membekalkan air berkualiti kepada pengguna.

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Pengguna mampu bayar tarif air naik – Dr Xavier appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments