#Hiburan: Kalau Apa-Apa Terjadi Pada Saya, Macam Mana Mereka Nanti – Rita Rudaini

Bukan mudah bergelar ibu tunggal, menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga bapa pada masa yang sama. Tentunya, pelbagai dugaan dan cabaran mendatang, semuanya harus dilalui sendirian.

Menerusi akaun Instagramnya, Rita meluahkan sebagai seorang ibu tunggal, memang tiada masa untuk diri sendiri dan anak-anak adalah fokus utama. Rita juga selalu memikirkan bagaimana keadaan anak-anak nanti jika sesuatu berlaku kepada dirinya.

Hidup sebagai ibu dan bapa pada anak-anak, banyak yang harus saya uruskan, sediakan dan fikirkan. Semuanya saya kena fikir sendiri, tugas dan tanggungjawab saya dah double triple.

24jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir pasal diri sendiri tanpa ada masa untuk rest untuk diri sendiri, nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pun saya tak pernah fikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya.

Masa umpama tidak cukup utk saya, setiap masa jugak saya slalu fikir kalau ada apa-apa terjadi pada saya macam mana mereka nanti?


Kami pasti Rita sudah melakukan yang terbaik buat anak-anaknya. Malah, ramai yang kagum dengan ketabahannya sebagai seorang yang cekal memperjuangkan nasibnya.

Sumber Berita : Astro Awani


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments