Malaysia: Suami cemburu langgar sepupu isteri dengan motosikal, tetak dengan parang

PARIT BUNTAR, 9 Mac ― Seorang lelaki parah dirempuh motosikal dan terpaksa bergelut dengan seorang pemuda 30-an sebelum ditetak di belakang leher dan kepala dekat sini malam tadi.

Insiden 7 malam di simpang jalan Taman Kurau Indah, Kuala Kurau, dipercayai berlaku angkara cemburu hubungan rapat mangsa 37 tahun dengan isteri suspek, lapor Berita Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian DSP Sanusi Salleh berkata difahamkan mangsa dipercayai sepupu kepada isteri suspek dan suspek pernah melihat mereka menaiki motosikal bersama.

“Selepas merempuh mangsa, dipercayai berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka sebelum suspek bertindak merampas parang mangsa dan menetaknya di belakang leher dan kepala,” katanya.

Sanusi berkata suspek lelaki itu, yang kini diburu dikenali “Syafiq”, kemudian melarikan diri dan membiarkan mangsa.

Sanusi berkata mangsa kini dirawat di sebuah hospital dekat sini, manakala polis juga telah merampas parang sepanjang 0.4 meter. Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Suami cemburu langgar sepupu isteri dengan motosikal, tetak dengan parang appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments