Malaysia: Ferrari rempuh bar di KL, seorang wanita cedera

Seorang wanita cedera di muka dan lengan kiri apabila dirempuh kereta mewah jenama Ferrari di luar Plaza Batai di Kuala Lumpu malam tadi.

Insiden pada pukul 8.45 malam Khamis itu, mengejutkan para pelanggan yang duduk di luar bar, apabila kereta berkenaan merempuh seorang wanita.

Salah seorang pekerja bar yang enggan dikenali memberitahu pemandu kereta mewah itu merupakan pelanggan tetap.

Dia yang tidak pasti mengenai bagaimana kejadian boleh berlaku bagaimanapun berkata, kereta tersebut secara tiba-tiba meluru ke hadapan dan merempuh salah seorang pelanggan wanita.

Seorang pengawal keselamatan di lokasi kejadian turut memberitahu bahawa pemandu terbabit mungkin menekan minyak secara tidak sengaja.

“Wanita itu mengalami pendarahan di muka dan lengan kiri tetapi dalam keadaan sedar.

“Syukur seorang doktor tampil dan membantunya. Beberapa pelanggan membawa mangsa ke hospital,” katanya lapor mStar.

Kereta Ferrari itu bagaimanapun tidak mengalami kerosakan teruk dan dibawa keluar dari kawasan berkenaan.

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Ferrari rempuh bar di KL, seorang wanita cedera appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments