Malaysia: Hadi jangan lupa Umno tuduh PAS barua DAP – Mahfuz

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar menjelaskan, isu AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kuda tunggangan DAP, sebenarnya sudah lama dimainkan oleh parti Umno.

Beliau berkata, isu berkenaan sudah bangkit 30 tahun lalu, iaitu ketika masyarakat Malaysia tiada kecerdikan mengenai dunia politik.

“Bezanya sekarang, Pas pula menggunakan isu itu selepas 30 tahun berlalu.. Umno menggunakan isu itu untuk serang Pas.

“Saya lihat apabila Pas berkawan dengan Umno, Pas belajar bagaimana untuk membuat satu politik yang menakutkan rakyat.

“Mereka menakutkan rakyat, terutamanya orang Melayu daripada Umno dengan melabelkan (mengaitkan) parti politik yang lain, khususnya AMANAH yang membawa imej Islam Rahmatan Lil Alamin dengan parti DAP.

“Pas pula menggunakan isu ini selepas berkawan dengan Umno dan mendapat ilmu baharu yang diturunkan kawan barunya (Umno). Mereka menggunakan isu ini (sekarang) ketika masyarakat Malaysia sudah celik politik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mahfuz berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang faham dan masih ingat tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pemimpin Umno bahawa Pas adalah ‘barua’ DAP.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada pemimpin Umno yang telah menjadikan Pas sebagai rakan mereka dalam politik Malaysia.

“Mereka telah berjaya memilih anak murid politik yang baru iaitu Pas, syabas dan tahniah kepada Tok Guru Presiden Pas yang menjadi anak murid cukup setia dan walak kepada pimpinan Umno pada hari ini,” katanya lagi. – Sumber ihsan MalaysiaDateline

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Hadi jangan lupa Umno tuduh PAS barua DAP – Mahfuz appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments