Malaysia: Azmin sindir Izzah budak kecil menangis, tak tahan panas keluar dapur

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai menyindir Nurul Izzah Anwar bersikap sebagai “budak kecil menangis” dipercayai susulan kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh tersebut baru-baru ini.

“Negara ini memerlukan individu yang sanggup mendepani segala kegetiran sepanjang perjuangan, bukan budak  kecil menangis ‘crying babies’..,” tulisnya di Twitter malam tadi tanpa menyebut nama sesiapa.

“Apapun cabarannya, kita mesti terus melaluinya. Jika tidak mampu tahan panas, keluar dapur,” kata timbalan presiden PKR.

Kenyataan menteri hal ehwal ekonomi tidak lama selepas Nurul Izzah membuat beberapa pengumuman yang membayangkan pengundurannya dari kegiatan politik.

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan penggal ini adalah yang terakhir sebagai wakil rakyat selain melepas semua jawatan politik. Terbaru, beliau meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Semalam, Nurul Izzah mengeluh dengan perkembangan politik di Malaysia yang dianggapnya sebagai “huru-hara” dalam wawancara dengan akhbar Singapura dan merancang untuk tidak bertanding PRU15.

Izzah juga menyebut kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin PKR N Surendran dan Datuk Khairuddin Abu Hassan turut mengkritik tindakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengkritik Tun Mahathir kononnya bekas diktator di depan media Singapura. 

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Azmin sindir Izzah budak kecil menangis, tak tahan panas keluar dapur appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments