Tiada sebarang hebahan mahupun gosip beliau sedang hangat bercinta, siapa sangka dalam diam pelakon Afiq Muiz sudah pun bernikah dengan pelakon baharu, Pachara Apin pada pagi Selasa lalu.
Bukan berniat mahu merahsiakan pernikahannya tetapi majlis itu berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat sahaja.
Alhamdulillah, segala dirancang berjalan lancar. Bukan berniat untuk merahsiakan namun majlis semalam membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat sahaja.
Majlis dilakukan tanpa liputan media kerana itu permintaan ibu saya. Insya-Allah, pada majlis resepsi nanti kami akan jemput media. Cuma, buat masa sekarang belum ada sebarang tarikh ditetapkan.
Cinta antara kedua pasangan ini mula berputik saat bergandingan bersama di dalam sebuah drama kira-kira setahun yang lalu, mereka mengambil masa selama enam bulan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bertunang dan seterusnya berkahwin.
Sepanjang perhubungan kami, saya memang tidak tunjuk sangat. Keluarga dan rakan terdekat sahaja tahu. Kami berkenalan ketika berlakon bersama. Sejak itu, kami saling mengenali dan jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk bertunang enam bulan selepas itu.
Afiq bergelar suami hanya dengan sekali lafaz dan pihaknya menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Tahniah kami ucapkan kepada Afiq dan isteri, semoga rumah tangga yang dibina dilimpahi dengan keberkatan serta kebahagiaan dan kekal sehingga ke jannah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments