Malaysia: Taib Mahmud tidak didakwa, SPRM cuma ada maklumat lama

Kerajaan menepis dakwaan terbaru mengaitkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Taib Mahmud dengan rasuah dan salahguna kuasa, mengatakan maklumat tersebut maklumat lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata Peguam Negara Tommy Thomas sudah mengkaji kes terhadap Taib dan memutuskan tiada pendakwaan.

Menteri hal ehwal undang-undang itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima “beberapa maklumat” daripada badan bukan kerajaan (NGO) Bruno Manser Fund dan laman Sarawak Report.

“Namun isi kandungan maklumat tersebut sama seperti siasatan yang dibuka sebelum ini,” katanya.

“Ianya bukan keterangan baru untuk membolehkan SPRM membuka kertas siasatan yang baru. Sekiranya ada bukti-bukti baru, tiada sekatan kepada SPRM untuk membuka semula siasatan.”

Beliau menjawab Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) yang bertanyakan sama ada SPRM akan membuka semula siasatan terhadap Taib dan orang-orang berdekatan dengannya berikutan “bukti baru” daripada Bruno Manser Fund dan Sarawak Report.

Pelbagai siasatan terhadap Taib dibuat sejak 2015 tetapi pihak berkuasa berkata mereka tidak boleh bertindak kerana kekurangan bukti.

Putrajaya berkata Taib boleh didakwa jika laporan baru dibuat.

KLIK BACA: Azmin sindir Izzah budak kecil menangis kerana kritik Tun Mahathir

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Taib Mahmud tidak didakwa, SPRM cuma ada maklumat lama appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments