Malaysia: Sajat sakit tak sedar diri di hospital

Usahawan terkenal Nur Sajat dilapor dimasukkan ke hospital hari ini. Perkongsian yang dimuat naik oleh pembantu peribadinya memberitahu Sajat kini dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.

Pembantu peribadi Sajat, Mok Kay urut memuat naik video di Instagram dimana Sajat kini sedang terlantar di hospital sambil meminta semua pengikutnya mendoakan yang terbaik buat usahawan itu.

Difahamkan, Sajat dikatakan terkena penyakit misteri, meskipun sudah menggunakan pelbagai kaedah perubatan namun tidak berhasil.

“Doakan terbaik buat bos saya Nursajat, sekarang dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri. Kami dari team nursajat mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit misteri,” tulisnya.

Memetik laporan Media Hiburan, pihak Sajat yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu Sajat dikejarkan ke hospital lewat malam tadi.

“Setakat ini, penyakitnya misteri memandangkan semuanya baik belaka. Cuma setakat ini ia mungkin ada kaitan dengan depresi.

“Sajat dikejarkan ke sebuah pusat rawatan di ibu kota sekitar 11 malam tadi. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Sajat sakit tak sedar diri di hospital appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments