Malaysia: PAS-Umno adik-beradik kalau kahwin sumbang mahram, kata Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hubungan PAS dan Umno lebih ke arah ikatan “adik-beradik” dan bukan sebuah “perkahwinan”.

Presiden PAS berkata parti Islam itu tidak boleh “berkahwin” dengan Umno kerana ia umpama hubungan sumbang mahram.

“Macam-macam khabar angin dan ungkapan dilabelkan kepada kerjasama PAS dan Umno seperti ‘PAS nak kahwin dengan Umno’.

“Sebenarnya kerjasama PAS dan Umno umpama adik-beradik macam mana nak berkahwin?

“Kalau perkahwinan berlaku maka ia ibarat perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik,” katanya lapor Berita Harian.

Presiden Umno dalam satu pertemuan bersama pemimpin PAS awal bulan ini menyifatkan hubungan kedua-dua parti itu seperti sudah “bersanding”.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia rentetan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

The post PAS-Umno adik-beradik kalau kahwin sumbang mahram, kata Hadi appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments