#Hiburan: Teringin Mencuba Aktivti-Aktiviti Cool Ini, Anda Wajib Ke Fukuoka

Sebut saja Negara Jepun, banyak perkara yang terlintas dalam fikiran anda. Kereta api berkuasa tinggi, filem-filem aksi dan cinta, barangan elektronik, budaya masyarakat Jepun yang dikagumi oleh semua pengunjung dari serata dunia, dan banyak lagi. Kalau nak disenaraikan satu persatu, mungkin dua hari anda baru habis baca artikel ini.

1

Salah satu daerah terbesar Jepun adalah Fukuoka. Nampak je perkataan Fukuoka mesti Nampak kereta api kelajuan tinggi bercorak Hello Kitty kan?

2

Kereta api bertemakan Hello Kitty ini sebenarnya dilancarkan kedua kalinya bersempena animasi Jepun. Pertama kali bertemakan Harry Potter ‘Hogwarts Express’ yang beroperasi antara Osaka, Fukuoka dan Kagoshima.

3

Bukan sekadar kereta api saja yang dihiasi dengan kartun itu malah konduktor tren juga mengenakan pakaian tersebut. Anda boleh berselfie dengan patung ‘lifed size’ yang ada di sudut coach kereta api.
Nak tahu aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di sana? Jom kita selongkar beberapa aktiviti menarik di Fukuoka yang boleh anda kunjungi.

Cuba pengalaman baru menaiki kereta api sepanjang berada di Fukuoka

Sebelum anda menaiki kesemua kereta api di Fukuoka ini, anda perlu dapatkan dahulu tiket, fungsinya sama seperti kad Touch N Go tetapi bezanya kad ini boleh digunakan untuk kenderaan awam sahaja.

Walaupun rupanya agak berbeza mengikut daerah tetapi fungsinya tetap sama. Jika di Fukuoka, anda akan dapat kad seperti NIMOCA, SUGOCA dan HAYAKAKEN.

4

A-Train

5

6

Anda boleh merasa pengalaman menaiki kereta api di Fukuoka dengan budaya Eropah Selatan kerana ia menggunakan kayu berwarna gelap yang membuatkan anda seolah-olah berada dalam sebuah filem.

Jadual waktu perjalanan kereta api ini berpusingan tiga kali sehari. Ini pasti akan memberikan pengalaman perjalanan anda yang tidak dapat dilupakan

7

Jadual perjalanan A-Train.

Limited Express : Ibusuki no Tamatebako

8

Sejujurnya anda perlu cuba menaiki kereta api yang seolah–olah seperti kotak harta karun yang bergerak. Kereta api ini di reka khas dengan tema sekitar kisah rakyat Istana Naga Semenanjung Satsuma.

Dilengkapi dengan sofa yang selesa, ia menjadi salah satu daya tarikan pelancong yang popular. Anda juga boleh mencuba Bento Lunch Box sepanjang perjalanan menaiki kereta api ini.

Pengunjung yang menaiki kereta api ini akan mendapat satu cop sebagai kenangan. Jika anda tidak keberatan, boleh saja meminta tolong pekerja cabin untuk mengambil gambar.

9

10

11

Ini adalah beberapa gambaran JR Kyushu kereta api yang akan digunakan oleh anda semua sepanjang bercuti di Fukuoka nanti.

Memetik Strawberi Di Ladang Fukuoka

Aktiviti seperti memetik buah strawberi ini sangat popular di sekitar Fukuoka antara bulan Disember hingga Mei. Buahnya yang lain dari kita lihat di Malaysia kerana berbentuk dua kali ganda besarnya.

Ladang Akasya Ichigo

Akasya adalah nama jenama strawberi besar di sini. Rasanya sangat manis dan digunakan di beberapa tempat restoran mewah di Jepun.

12

Ladang Pelancongan Hirai

Di sini sangat popular di kalangan pengunjung yang datang ke Fukuoka ini. Bayaran percuma kepada kanak berusia 3 tahun kebawah dan dikenakan cas kepada dewasa. Anda boleh berada di situ selama satu jam untuk petik dan makan.

Ladang Strawberi Pooh.

Di sini anda boleh mencuba ais krim strawberi yang manis dan lazat. Anda juga boleh jumpa pelbagai jenis strawberri antaranya Amaou, Sagahonoka, Kaorina, Nyoho, Oishi Berry dan bermacam jenis lagi. Untungnya!

13

14

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuci mata dengan keindahan bunga-bunga yang ada di Fukuoka.
Dazaifu Kuil Tenmangu

Kuil ini sangat terkenal untuk bunga plum, terutamanya pokok ‘Tobiume’ yang dipercayai boleh terbang dari Kyoto ke Dazaifu, Fukuoka.

Semasa musim bunga terdapat beberapa teahouses yang menyajikan teh dan gula-gula. Anda patut cuba!

15

16

Nightscape di Sarakurayama

Anda boleh menikmati pemandangan panorama kota dan zon perindustrian di sepanjang pandai dari puncak Sarakurayama (Gunung Sarakura) yang berada ketinggian 622 m dari paras laut.

17

Menerokai kehidupan malam haiwan di Summer Night Zoo, Fukuoka

18

Lukisan ini sebagai simbolik untuk kehidupan kucing Tsushima yang dibesarkan dan dibiarkan membiak dalam zoo ini sejak pembukaan dahulu dengan penjagaan yang rapi.

Apabila anda berada di zoo pada waktu malam akan lebih rasa sejuk dan selesa jika berjalan sepanjang zoo tersebut.

Di sini kehidupan malam seperti singa, harimau, gajah, badak sumbu dan banyak lagi kehidupan di waktu malam! Jangan risau, bas percuma daripada Stesen Ohorikoen ke zoo.

Zon seterusnya adalah Taman Botani di Fukuoka yang kaya dengan tumbuhan alam semula jadi dan anda boleh jumpa pelbagai jenis bunga yang sangat sedap mata memandang.

19

20

21

Akses map untuk memudahkan pelancong yang berkunjung di Botanical Garden. Mudahkan?!

Mengagumi Wisteria yang indah di Kawachi Wisteria Garden.

Tempat ini adalah tempat yang terkenal sebagai salah satu tempat yang paling cantik di Jepun. Terowong ajaib ini dihiasai dengan bunga-bunga yang cantik dan semulajadi. Bunga Wisteria ini pelbagai jenis warna yang cantik iaitu putih, merah jambu dan ungu muda dan gelap. Ia dibuka pada 20 April hingga 12 Mei 2019 sahaja.

22

Uminonakamichi Seaside Park

Tempat ini juga sangat popular untuk menjamu mata anda dengan kecantikan bunga di Fukuoka. Berjuta-juta tanaman disekitar kawasan yang yang berbeza termasuklah Narcissus, Tulip, Nemophila, Mawar, Hydrangea, Bunga Matahari dan Kosmos antara bunga-bunga yang menjadi kegemaran pelancong.

Istimewanya, bunga-bunga ini mekar pada masa yang berlainan tahun ini, tetapi pada umumnya, musim bunga bermula pada pertengahan bulan Mac dan berakhir pada awal musim luruh.

Di kawasan ini terdapat kira-kira 2000 pokok cerri ditanam dikeliling rumput dan sepanjang laluan berbasikal, yang berbentuk terowong. Bunga ini sangat cantik apabila mekar dan menjadikan Uminonakamichi Seaside Park sebagai salah satu tempat bunga yang terkenal.

23

24

Pokok cerri ini biasanya mekar pada akhir Mac hingga awal April.

25

Berpeluang melihat ikan lumba-lumba di Marine World Uminonakimichi

Hanya berjalan kaki daripada trek kereta api, ada sebuah akuarium yang berfokuskan pada kehidupan akuatik yang terdapat di sekitar Kyushu. Pelbagai jenis kehidupan laut termasuklah lebih daripada 120 ekor dan 20 jenis yang berbeza. Terdapat beberapa kolam di mana adanya ikan lumba-lumba dan singa laut. Waktu dan hari penutupan kawasan yang berbeza-beza tersebut mengikut musim.

Cara mudah untuk anda datang kedua-dua tempat menarik ini dengan menaiki JR Kagoshima Line dari Stesen Hakata ke Stesen Kashii dan seterusnya menaiki ke Stesen Uminonakimichi selama dan jumlah masa yang perlu diambil hanyalah 30 minit.

26

Merasai pengalaman berada dalam dunia Harry Potter

Anda pasti tertanya-tanya, betul ke ada Harry Potter di Jepun? Jawapannya ya! Kafe Harry Potter ini pertama kalinya di buka di daerah Fukuoka ini. Kafe ini menggunakan teknologi digital yang terkini supaya pengunjung dapat merasa pengalaman seperti dalam dunia harry Potter yang sebenar. Menarik bukan?

27

28

Antara menu yang menarik untuk anda merasai makanan seperti dalam filem tersebut.

29

30

31

Itulah antara aktiviti yang menarik di Fukuoka yang boleh anda cuba dan terokai sepanjang bercuti di sana nanti. Jangan lepaskan peluang menikmati promosi serendah RM 299 khas untuk Ahli BIG AirAsia.

Untuk perjalanan anda ke Fukuoka ia sudah bermula dari sekarang hingga 28 Oktober 2019 dan anda bolehlah menempah tiket yang sedang berlangsung ketika ini sehingga 9 Mac 2019*.

* Tertakluk pada kelulusan peraturan

Jadi, jangan lepaskan peluang anda ke Fukuoka bersama-sama keluarga dan teman untuk menikmati panorama Jepun.

Selamat melancong ke Fukuoka!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments