#Hiburan: Sambut Bunga Di Bridal Shower Nelydia, Uqasha Senrose Nafi Ikut Budaya Barat

Baru sahaja meraikan adiknya, Nelydia Senrose dalam satu majlis ‘bridal shower’ baru-baru ini, aksi pelakon Uqasha Senrose yang menyambut bunga yang dibaling oleh Nelydia menjadi buah mulut netizen dan  menerima pelbagai kritikan termasuklah terlalu ingin mengikut budaya barat.

Bagaimanapun, kata Uqasha ianya berlaku secara spontan dan hanya sekadar untuk suka-suka sahaja.

Tak sangka pula video yang dikongsikan itu mendapat perhatian daripada orang ramai. Kami semua bukan mengikut budaya asing, tapi perkara itu tidak dirancang daripada awal dan ia terjadi secara spontan saja.

Kalau diikutkan semua wanita yang berada di belakang tu sudah berpunya dan saya sahaja yang belum ada kekasih. Tak sangka pula saya yang dapat menangkap bunga itu dan mungkin itu adalah petanda bahawa saya juga akan berkahwin tidak lama lagi.

Mungkin juga tidak lama lagi Uqasha bakal bertemu dengan “Mr Right” beliau. Kita doakan yang baik-baik.

Sumber Berita : Astro Gempak 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments