Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Ramai juga yang meminta Anzalna untuk berkongsi petua untuk hamil tetapi beliau bagaimanapun enggan membicara perkara itu kerana tidak mahu menguris hati wanita lain yang belum mempunyai rezeki untuk mendapat zuriat.
Ramai yang mesej minta petua dan mahu saya berkongsi tentang kehamilan, bukan saya tidak mahu tapi mungkin bukan di laman sosial. Saya tidak mahu menguris hati wanita lain yang belum dikurniakan rezeki berupa anak.
Saya tidak mahu mengores perasaan wanita yang belum dikurniakan cahay mata. Saya akan berkongsi secara tidak berlebih-lebihan seperti saya seorang sahaja yang hamil.
Pada masa yang sama, Anzalna sempat untuk menasihati agar wanita diluar sana tidak terlalu ghairah dan mudah percaya dengan produk yang menawarkan kehamilan dengan mudah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments