Siapa sangka seorang lelaki boleh kantoi curang menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh orang yang tidak dikenalinya.
Perkara itulah yang berlaku kepada seorang individu baru-baru ini di mana kecurangannya diketahui teman wanita selepas video ketika berada di konsert bersama skandalnya tular di TikTok.
Menerusi rakaman tersebut yang mendapat lebih 8 juta tontonan, lelaki itu dilihat meletakkan tangan kanannya di bahu seorang wanita bertudung dan sedang syok melayan lagu di sebuah konsert.
Manakala tangan kirinya yang memegang telefon bimbit diletakkan di belakang badan untuk menyembunyikan bahawa teman wanitanya sedang menghubunginya.
Video tersebut sebenarnya dirakam dan dimuat naik oleh orang yang tidak dikenalinya namun merupakan salah seorang penonton di konsert yang sama.
Tanpa disangka, teman wanita lelaki itu telah ternampak video tersebut dan daripada situlah dia ketahui bahawa kekasihnya curang.
Malah, menerusi satu video lain yang dimuat naik wanita terbabit dia berterima kasih kepada individu yang merakamkan dan upload rakaman berkenaan.
Dia turut memberikan bayangan seolah-olah ia bukanlah kali pertama berlaku tetapi sebelum ini lelaki itu pernah dimaafkan dan diberikan peluang kedua.
Ramai netizen yang memberikan respon masing-masing di ruangan komen dan rata-ratanya meminta agar dia tinggalkan kekasihnya itu.
Malah, ada yang sempat berkata jika kekasih berulang kali berlaku curang bermakna ia sudah menjadi tabiat dan tidak seharusnya diberikan peluang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Pergi Konsert Dengan Skandal, Lelaki Cuba Sorok ‘Phone’ Waktu GF ‘Call’ Tapi Kantoi Dekat TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments