Sebelum ini, pelakon sensasi Sharifah Sakinah telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram dengan kapsyen yang mengundang spekulasi orang ramai yang mendakwa dia dan suami sudah bercerai.
Malah, suami kepada pelakon tersebut, Michael Hensen turut menjelaskan bahawa mereka mempunyai komitmen dan tanggungjawab berat di negara masing-masing.
Terkini, Sakinah mengakui masih sayang dengan suaminya dan mungkin akan kembali ke pangkuannya namun bukan dalam masa yang terdekat.
Saya tak cakap benda ni pengakhiran, sebab saya mungkin akan kembali bersama dia sebab saya masih sayang dia.
Menurut Sakinah, suaminya mempunyai budaya yang berbeza dimana dia tetap perlu menjaga anak-anak walaupun sudah bercerai.
Kalau dia pindah sini, dia kena bawa balik bekas isteri dan anak. We don’t want that.
Enggan menimbulkan drama, Sakinah memutuskan untuk menolak hubungan jarak jauh bersama suami yang sering terpaksa ulang-alik bertemu anak dan bekas isteri.
Penat tau! Bila saya perlukan dia di rumah tapi dia tak ada. Tenaga habis dekat situ. Saya nak happy, nak fokus dengan kerja. Ini asyik marah saja.
@kosmoonline Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok
? Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi
Dalam pada itu, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu menegaskan mengenai status perkahwinan mereka yang masih lagi bergelar suami isteri.
Kami seperate sekejap, bukan bercerai. Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “I Still Love Him..” – Sharifah Sakinah Dedah Belum Bercerai Dengan Suami, Hanya ‘Berpisah’ Sementara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments