#Hiburan: “Ya Saya Ada Pukul Dia” – Bekas PA Mengaku ‘Naik Tangan’ Lepas Kena Ludah Dengan Mak Wan

Baru-baru ini kecoh tentang konflik yang dihadapi oleh seorang pelakon veteran yang dikenali sebagai Mak Wan dan bekas pembantu peribadinya.

Terbaru, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa bahawa dia pernah menjadi mangsa pukul bekas pembantunya atau dikenali sebagai Amell, dalam satu temu bual program hiburan, Melodi.

Advertisement

Menurut Mak Wan, segala konflik yang berlaku antara dia dan Amell adalah apabila dia didakwa melarikan duit serta mengambil barang kemas kepunyaan bekas pembantu peribadinya itu.

Sumber : TV3 Melodi 

Manakala, dalam satu temu bual berasingan, Amell mengaku pernah mengasari Mak Wan setelah diludah berikutan dengan soalan yang diajukan kepada pelakon tersebut.

Selain itu, Mak Wan juga sebelum ini dituduh mengamalkan ilmu hitam namun perkara itu dijelaskan oleh pelakon Didie Alias bahawa rakaman berkenaan ilmu sihir itu hanyalah untuk drama semata-mata.

Semoga konflik yang berlaku antara Mak Wan dan bekas pembantunya dapat diselesaikan dengan cara baik dan kebenaran dapat ditegakkan.

4 hari lalu

"Tak Mungkin Saya Suruh Dia Berlakon Macam Tu" - Bekas PA Mak Wan Nak Dedah Lebih Banyak Bukti Pada Polis

The post “Ya Saya Ada Pukul Dia” – Bekas PA Mengaku ‘Naik Tangan’ Lepas Kena Ludah Dengan Mak Wan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments