#Hiburan: “Syabas Isteri Pejuang Islam Al Quds” – Netizen Perli Caprice Tak Berani Tegur Isteri Seksi Bergelek Di TikTok

Terdahulu, penyanyi rap Caprice ada mendedahkan bahawa isterinya terkena perbuatan sihir.

Menurut Caprice, dia tidak menyangka dugaan selepas berkahwin itu lebih berat jika dibandingkan dengan waktu sebelum berumah tangga.

Advertisement

BACA: (VIDEO) “Elok Je Boleh Gelek-Gelek” – Menari Di TikTok, Netizen Tanya Betul Ke Isteri Caprice Kena Sihir?

Namun, menerusi akaun TikTok isterinya ramai netizen memerli Caprice selepas menonton wanita itu bergelek menerusi salah satu video yang dimuat naik.

Beberapa netizen dilihat mempersoal Caprice yang sebelum ini lantang bersuara serta menegur artis-artis lain selain menggelar dirinya pejuang Al-Quds.

Ada yang sempat memerlinya berani menegur orang lain tetapi tidak isterinya sendiri.

Video isterinya, Farra Innalis menari di TikTok itu mendapat perhatian ramai sehinggakan mereka tertanya-tanya sama ada benarkah dia memang telah menjadi mangsa sihir.

Bagaimanapun, Farra sendiri telah tampil memberikan penjelasan berkenaan pertanyaan netizen sama ada benar dia disihir.

Jelasnya, dia memilih untuk tidak menunjukkan perkara negatif kepada semua pengikutnya. Farra juga berkata dia dan Caprice mempunyai karakter yang berbeza.

Kalau nak tahu secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri, Ariz pula suka bercerita dengan netizen.”

@elis620

doing some exercise after food ?

? Superstar – MarkTheHerras

The post “Syabas Isteri Pejuang Islam Al Quds” – Netizen Perli Caprice Tak Berani Tegur Isteri Seksi Bergelek Di TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments