#Hiburan: “Sama Sekali Tidak!” – Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Berkeras Enggan Bayar Saman Kepada Johnny Depp

Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial mengenai berita kemenangan pelakon Hollywood, Johnny Depp selepas juri mendapati kenyataan Amber Heard mengenai perkahwinannya mereka adalah palsu dan didakwa telah berniat jahat.

Selepas kalah dalam kes saman fitnah tersebut, Amber Heard enggan membayar ganti rugi lebih daripada AS$10 juta (RM43.85 juta) kepada bekas suaminya. Lapor Sinar Harian.

Advertisement

Malah, kenyataan itu dikuatkan dengan pengumuman yang dibuat oleh peguam Amber Heard selepas juri memberikan ganti rugi tersebut kepada  Johnny Depp yang menang dalam kes fitnah terhadapnya.

amber

Oh tidak, sama sekali tidak.

Ditanya pada program televisyen Today jika Heard akan dapat membayar ganti rugi tersebut, peguamnya, Elaine Bredehoft menjawab Heard mahu membuat rayuan berhubung keputusan itu.

Advertisement

depp

Terdahulu, Depp telah menyaman Heard sebanyak AS$50 juta (RM219.63 juta) kerana memfitnahnya dalam satu artikel di akhbar The Washington Post pada tahun 2018 yang menggelarkan Depp sebagai tokoh awam mewakili penderaan domestik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Johnny Depp menang perbicaraan
1 hari lalu

"'Fake' Nangis Lagi Ke Tu?" - Kalah Kes Saman Fitnah, Muka 'Blank' Amber Dikecam Ramai

The post “Sama Sekali Tidak!” – Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Berkeras Enggan Bayar Saman Kepada Johnny Depp first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments