Tular klip rakaman di Twitter memaparkan seorang wartawan stesen televisyen terkenal menemu ramah salah seorang ahli K-Clique, Noki.
Menerusi video itu, wartawan perempuan itu sedang menemu ramah Noki di malam Anugerah Meletop Era 2021 (AME) yang berlangsung baru-baru ini.
Dia dilihat meminta Noki untuk menayangan badannya yang sado itu di hadapan kamera namun ditolak penyanyi rap terbabit.
Wartawan terbabit bagaimanapun tetap mahu Noki menunjukkan badan dan secara tiba-tiba cuba menyelak baju penyanyi tersebut dengan sengaja.
Wajah Noki boleh dilihat berubah dan gerak tubuhnya juga menunjukkan dia berasa kurang selesa namun wartawan tersebut hanya ketawa dan menganggap ia satu gurauan.
Tindakannya dikecam ramai netizen di Twitter kerana melakukan ‘sexual harrassment’ terhadap Noki. Ada yang turut menegur etika kewartawanannya.
Ramai memberikan respon masing-masing dan rata-ratanya berkata jika situasi tersebut terjadi kepada wanita sudah tentu ia tular dan dikecam teruk.
What if the gender switch? ?? pic.twitter.com/eNySlB3lGz
— Afiqqqqqqq (@amyrafq_) June 2, 2022
Difahamkan, wartawan itu turut memuat naik video tersebut di TikTok peribadinya namun telah dipadam selepas mendapat kecaman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Gangguan Seksual Ni” – Wartawan Teruk Dikecam, Selak Baju Noki Depan Kamera Waktu ‘Interview’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments