Ada pasangan mengakhiri hubungan cinta mereka dengan cara yang profesional namun segelintir individu tidak bernasib baik kerana dikasari pasangan apabila meminta untuk memutuskan hubungan.
Itu yang berlaku kepada seorang gadis yang berkongsi di Twitter baru-baru ini di mana dia mendakwa telah dibelasah oleh teman lelakinya selepas minta putus.
Menurutnya, gara-gara tidak boleh terima hubungan mahu diputuskan lelaki tersebut bertindak kasar sehingga menyebabkan jarinya hampir putus.
Difahamkan, dia menerima sebanyak 9 jahitan pada jari telunjuk di tangan kanannya angkara kekasih yang menurutnya seorang lelaki ‘psiko’.
Ni jari aku terbelah sebabkan minta break dari orang psycho ye. Ingat senang ke nak tinggalkan orang psycho dan gila?”
Punya lama aku diam, mamat bodoh jawa tu makin naik naik. Ni jari aku terbelah sebabkan minta break dari orang psycho ye. Ingat senang ke nak tinggalkan orang psycho dan gila? Makan diri babe. 9 jahitan. pic.twitter.com/5VM56yqFLc
— /?lu?s?f?/ (@elfucir) June 3, 2022
Gadis itu turut membuat pendedahan bahawa bukan dirinya seorang telah menjadi mangsa lelaki tersebut tetapi juga ada beberapa wanita lain pernah menerima nasib yang sama.
Jelasnya lagi, sebelum ini dia pernah minta putus kerana tidak tahan namun tidak sampai hati selepas lelaki itu mencederakan dirinya sendiri selain berkata mahu membunuh diri.
Dia akui terpaksa mendedahkan perkara itu serta memuat naik semua bahan bukti di media sosial supaya lelaki tersebut tidak lagi mengganggunya.
Sementara itu, gadis berkenaan sempat berpesan dan mengingati kaum Hawa yang lain supaya berhati-hati agar tidak terkena jerat sepertinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Ingat Senang Ke Nak Tinggalkan Orang Psiko?” – Gadis Dibelasah ‘Boyfriend’ Sampai Jari Terbelah Sebab Minta ‘Break’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments